Assalamualaikum semua...
Subuh tadi, teman baik aku dan juga teman kelas dan juga teman bilik aku telah mendapat panggil telefon daripada keluarganya menyatakan ayahnya telah kembali ke rahmatulallah. Sebak dan sungguh terkejut kami satu bilik dibuatnya. Aku rasa sungguh sedih bila memikirkannya walaupun yang pergi bukanlah familyku tapi sedikit sebanyak ia membuatkan aku terasa sayu sangat sebab kami dah lama tidak dapat pulang ke rumah sejak hari raya haji lagi, sampailah ke hari ini, dan yang sedihnya temanku tidak dapat untuk menatap wajah ayahnya serta bercakap dengan ayahnya buat kali terakhir memandangkan kami begitu sibuk dengan assignments, project presentation, fyp report, final exam dan macam-macam lagi.
Terus-terang yang hanya mampu saya katakan di sini ialah ajal dan maut seseorang itu kita tidak akan pernah tahu, hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang berlaku dan apa sahaja akan berlaku pada masa akan datang.
Sebab itu, saya kalau boleh hampir setiap malam sebelum tidur saya akan memaafkan semua orang serta buang semua dendam dan benci saya, manalah tahu esok-esok kita dah tiada ataupun orang-orang yang pernah kita sakitkan itu dah tiada lagi, so macam mana nak minta maaf? Lagi-lagi kalau kita banyak buat dosa pada mak dan ayah kita. So macam mana?
Bagi saya tidak salah rasanya kalau setiap malam itu kita peluk dan cium tangan kedua ibu bapa kita memohon kemaafan kita, halalkan makan dan minum kita selama ini, tidak semestinya time raya je nak kena minta maaf betul tak?
Saya di sini bukan mengutuk dan menyalahkan siapa sebab anda lebih mengenali diri anda lebih dari saya mengenali diri anda. Saya just meminta anda memikirkan dan merenungkannya. Sekiranya ini membuat anda terasa, saya memohon maaf sebab saya just meluahkan apa yang tersirah di hati ini.
No comments:
Post a Comment