Tuesday, March 15, 2011

Bencana tsunami ujian untuk muhasabah diri

TRAGEDI gempa bumi yang menghasilkan ombak besar tsunami di beberapa negara di Asia dan Afrika, minggu lalu menyebabkan ramai yang kehilangan orang dikasihi dan harta benda mereka.

Kejadian itu banyak berlaku sejak dulu lagi. Kejadian demi kejadian menimbulkan reaksi pelbagai pihak termasuk pakar geologi, saintis dan kaji cuaca.

Kajian dan penelitian yang tidak berkesudahan itu hakikatnya masih gagal mengelak kematian setiap kali gempa bumi melanda. Gempa bumi di Tangshan, China pada 28 Julai 1976 dilihat terburuk kerana mengorbankan 240,000 nyawa. Tragedi ini sepatutnya mencelikkan mata semua pihak bahawa qada dan qadar Ilahi tidak mungkin diubah tanpa kehendak-Nya.

Islam sebagai ajaran dan cara hidup sempurna meletakkan al-Quran dan sunnah sebagai panduan terbaik kepada umatnya. Demikian juga antara wasiat akhir yang disampaikan Nabi Muhammad saw sebelum kewafatannya. Baginda mengajak umat manusia agar tidak berganjak daripada landasan asas itu, walau apa juga keadaan hidup mereka.

Islam menyaran kesabaran dan ketabahan ketika menempuhi kesukaran seperti ditimpa musibah dan dalam mencapai matlamat. Kesabaran yang menjadi sebahagian nilai iman juga mampu melahirkan sifat reda terhadap kejadian seperti yang dapat disaksikan dalam tragedi tsunami.

Kisah pahit nabi dan sahabat seperti yang dijelaskan dalam kedua-dua sumber utama itu turut menginsafkan kita agar menilai kembali tahap ujian dan dugaan yang menimpa diri. Pasti Allah tidak membebani umat manusia dengan perkara tidak mampu mereka tanggung.

Dari sudut berbeza, kita sering tertanya-tanya, adakah bencana yang diturunkan Allah satu ujian atau balasan terhadap kecuaian manusia? Walaupun jawapannya milik mutlak Yang Maha Kuasa, sebagai hamba yang lemah kita wajar sensitif dengan apa juga yang diturunkan-Nya.

Musibah ini mungkin ujian kepada hamba-Nya agar bersabar dan meningkatkan nilai keimanan. Mungkin juga balasan Allah terhadap hamba yang berdosa dan lupa dengan kekuasaan-Nya. Ada yang berpandangan bencana ini adalah isyarat bahawa hari kiamat hampir tiba kerana struktur bumi dan peredaran masa berubah daripada kedudukan asal.

Tidak kurang yang menyatakan bencana ini perancangan Allah untuk menyedarkan manusia agar tidak berbalah dan berperang. Kesempatan ketika turunnya musibah seperti ini berpotensi menjadi platform menjalinkan kembali hubungan baik dan kerjasama antara pihak bertelagah.

Apa pun tanggapannya, setiap kejadian itu pasti ada motif atau hikmah yang kadangkala sukar dirungkaikan dengan akal manusia.

Kejadian yang sedang hangat diperbualkan ini adalah rentetan peristiwa yang disediakan Allah sebagai iktibar kepada umat manusia. Sedar atau tidak, manusia tidak boleh lari daripada sifat lupa dan atas dasar itu, mereka perlu diberi peringatan dari semasa ke semasa.

Sejak zaman Nabi Adam, umat manusia diperlihatkan dengan kejadian yang menginsafkan. Imbasan satu persatu kisah nabi terdahulu, pasti mengingatkan kita dengan kejadian yang penuh tragis seperti penyeksaan, pembunuhan, dan penderitaan. Namun, hakikatnya kesudahan terhadap kisah itu, pasti menunjukkan hamba-Nya yang berjaya menjalani ujian, memiliki tahap iman unggul.

Sesungguhnya dalam hidup ini manusia tidak dapat lari atau dipisahkan daripada ujian terutama bagi mereka yang sentiasa mengejar kejayaan dan berusaha mendapatkan kebahagiaan.

Firman Allah bermaksud: “Dialah Tuhan yang mencipta mati dan hidup untuk menguji kamu, apakah kamu yang lebih baik amal perbuatannya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” – (Surah al-Mulk, ayat 2).

Tanggapan yang menyatakan hidup hanya untuk kesenangan adalah tidak tepat dan perlu disangkal. Mereka perlu berpandangan setiap perkara mempunyai nilai bahagia dan sengsara, untung dan rugi atau sihat dan sakit yang akhirnya mampu meyakinkan seseorang mengenai perlunya beriman kepada qada dan qadar Allah.

Segala yang diberikan kepada kita adalah seni hidup yang sudah menjadi sunnatullah kerana itu ukuran terhadap usaha dan iman seseorang. Berjaya atau tidak seseorang mencapainya terletak kepada sejauh mana kemampuannya menghadapi ujian itu.

Firman Allah bermaksud: “Alif Laam Mim. Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman, sedangkan mereka belum diuji dengan sesuatu percubaan. Dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang demikian nyatalah apa yang diketahui oleh Allah terhadap orang yang beriman dan nyata pula apa yang diketahui terhadap orang yang berdusta.” – (Surah al-Ankabut, ayat 1-3).

Ujian itu kadangkala membabitkan kematian, namun ini adalah hakikat yang perlu diterima manusia. Kematian adalah penutup segala ujian Allah kepada manusia. Ahli keluarga dan sahabat si mati perlu reda dengan ketentuan Allah, di samping mengakui nikmat nyawa dan kemewahan hidup hanya pinjaman.

Firman Allah bermaksud: “Setiap diri akan berasa kematian dan kami ujikan sekalian kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai satu percubaan dan kepada Kamilah kamu sekalian akan kembali.” – (Surah al-Anbia, ayat 35).

Oleh itu, kesusahan dan kesakitan dianggap ujian paling ringan untuk menguji kesabaran dan kerelaan kita menerima qadar dan qada Allah. Namun, apabila ternyata mampu bersabar, Allah akan meletakkan ganjaran pahala dan dihapuskan sebahagian dosa. Pada masa itu, kita dapat berasakan ujian yang dilalui itu adalah nikmat yang amat menggembirakan.

Hakikat itu diakui Rasulullah dalam sabdanya bermaksud: “Setiap orang Islam yang ditimpa bencana sama ada yang terkena duri atau lebih berat daripada itu. Maka, itu adalah semata-mata ujian kerananya Allah akan hapuskan perbuatan kejahatannya dan menggugurkan dosanya seperti pokok kayu menggugurkan daunnya.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadis di atas, wujud pandangan yang menyatakan gempa bumi dan tsunami adalah perancangan Allah untuk menyucikan dosa umat manusia. Namun, sejauh manakah kita mampu akur dengan kenyataan ini, jika masing-masing masih mempertikaikannya. Jika benar musabab ini yang sedang ditunjukkan Allah, maka sewajarnya semua pihak bermuhasabah diri, terutama terhadap tanggungjawab dan amanah kepada-Nya.

Sesungguhnya, Dia mampu menurunkan ujian yang lebih perit dan hebat daripada apa yang kita dapat pada hari ini. Beban menanggung resah dan takut pun tidak dapat ditahan, apatah lagi menjadi mangsa kepada keperitan itu.

Oleh Fakhrurrazi Yusof

Thursday, March 10, 2011

Bila dia bahagia, aku pun turut bahagia sama..

Dear Diary,

I really miss him so much especially when his smile, it's hurt because that smile will not belong to me anymore, his engaged with someone special, his future wife.

I hope you really made the right choice by chosen her than me, I hope she really love you like I did love you before, oh man i just miss you so much and it's hurt so bad to hear you actually with someone else, I wish that she could make you happy and would actually notice how special you are you dear.

You know what, you should not leave me hanging like this, make me loving you and miss you, I'm mad, I'm sad and hurt..but somehow I believe everything happen there is always a reason no matter it's good or bad, Allah always by mine side.

Thank you for everything, dengan izin Allah perkenalan kita tidak sia-sia, niat aku nak berubah, Allah tidak pernah kecewakan..alhamdulailah.

Ya Allah, permudahkanlah urusan hidupnya dan bahagiakanlah dirinya bersama-sama pasangan hidupnya hingga ke akhir hayat..amin

p/s  bila dia bahagia, aku pun turut bahagia sama..kenangan tetap dalam ingatan dan impian harus diteruskan...caiyok2...!!

Monday, March 7, 2011

@mersing

Dear diary,

It's being a while I have not write anything in my blog, biasalah sangat busy with assignments and final year project.

Anyway I am not telling you guys about my studies but today I would to talk about my trip to Mersing yesterday with both my parent. We when to my father's friend daughter wedding ceremony. It's totally a tiring journey to Mersing since the road like "crazy", kata orang pun buat sakit badan je pergi sana but at least after the wedding we when to the bench..pantai Air Papan..wah it's feels really good and refreshing to actually breathe the beach air.

I got my time playing the sea water by the seaside and took a few beautiful pictures. Seronok sangat, feels so peace and calm. InsyaAllah I will try to upload a few pictures soon.

So, that's all..take care and May Allah bless us all..