Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah : Salam Penghijrahan

Bismillahirahmanirahim...Salam Maal Hijrah

Jadikanlah penghijrahan kali ini lebih baik dari sebelum ini. Jadikan kehidupan sekarang ini lebih bermakna dengan penuh kasih sayang dan cinta kepada yang Allah. Jadikan diri anda yang baru, yang brand new baik dari luaran mahupun dalaman. Jadikan Al-Quran dan Sunnah Nabi sebagai panduan hidup yang terbaik buat diri anda.

Penuhilah hidup anda dengan cahaya sinar yang baru penuh dengan senyuman dan gelak tawa yang ikhlas kerana ia sedikit sebanyak boleh membahagiakan diri dan hati anda yang dalam kesunyian dan kedukaan. Penuhilah diri bersama-sama keluarga dan teman-teman baik anda. Penuhilah masa lapang anda dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti study atau paling tidak pun bacalah buku-buku penyejuk hati like my favorite book "Don't Be Sad- Jangan Bersedih" dan majalah Solusi. Bersukan pun apa salah, rasa-rasanya dah lama sungguh badan anda duduk terperap dalam bilik atau pejabat tu.

Ataupun apa kata anda lakukan ini, cuba anda lihat luar tingkap anda atau luar cermin kereta anda, apa yang anda nampak, lihatlah dan perihatikan betul-betul, besarkan hikmah dunia ciptaanNya betul tak? Sungguh indah kan, cantik sangat hanya Dia yang mampu menciptakan alam ini. Saya suka sangat lihat awan sebab ia tidak pernah sama corak, bentuknya dan warnanya, MasyaAllah indah sangat, saya rasa tenang setiap melihatnya, sebab sekurang-kurangnya saya tahu Allah sentiasa bersama-sama saya baik semasa kita susah dan senang. Atau paling tidak pun cuba lihat diri anda di cermin. Sedarkah anda, yang sehingga sekarang ini, sejak anda dilahirkan, anda masih hidup lagi, Oleh itu, bersyukurlah kepadaNya.

Pernahkah anda tanya dan fikirkan apa tujuan anda dilahirkan? Dan kenapa sampai sekarang anda masih hidup? Pasti ada sebabkan? Then kalau macam tu, lakukanlah yang terbaik untuk diri anda dan keluarga kerana Allah. Tanamkanlah dan niatkan dengan ikhlas pada hati anda "Semuanya yang saya lakukan adalah kerana Allah".

Ingatlah bahawa takdir kita, jodoh kita serta ajal dan maut kita semuanya terletak di tanganNya.
Oleh itu, yakin dan tabahkan hatimu.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami, dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat baik yang masih hidup mahupun yang telah tiada.

Ya Allah, engkau jadikan kami hambamu yang soleh dan solehan yang sentiasa beriman dan bertaubat kepadamu, dekatkanlah pintu-pintu hati kami kepadamu, teguhkanlah keimanan dan ketakwaan kami kepadamu,

Ya Rahman, engkau jauhilah kami dari godaan syaitan, jin dan iblis daripada kami, engkau selamatkanlah kami di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahim, engkau berikanlah kami kekuatan dan kesabaran yang tinggi supaya kami dapat menempuh dugaan ini dengan tenang.

Ya Allah, engkau cucurilah rahmat dan sejahtera kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam...amin..

No comments:

Post a Comment