Thursday, December 16, 2010

Selamat Hari Asyura' + luahan hati...(",)

Assalamualaikum semua...

Selamat menyambut Hari Asyura' buat semua...

Untuk pengetahuan semua, hari Asyura' disambut pada setiap 10 Muharram pada setiap tahun,
Syukur alhamdulailah semalam dan hari ini saya dapat berpuasa sunat. Sedih juga masih tidak boleh balik rumah tapi nak buat macam mana tanggungjawab kita sebagai pelajar masih belum selesai lagi, tadi paper interfacing baru sudah, esok masih ada satu lagi paper java pula...

Walau macam mana pun, aku tetap rasa lega sangat walaupun setiap hari ada dugaannya, alhamdulailah aku dapat melalui hari-hari dengan sabar dan tenang.

Malah semakin hari semakin rasa dekat dengan-Nya, keluargaku pun nampaknya bahagia sama, mama walaupun kurang sihat tapi masih dapat masak bubur untuk dikirimkan ke masjid...alhamdulailah...

Sebenarnya, aku tidak tahu nak tulis apa lagi, tapi aku percaya, insyaallah penghujung tahun ini dan seterusnya tahun hadapan pasti banyak perkara baru dan baik akan berlaku. Entah lah tidak tahu mengapa aku kata gitu tapi buat masa ini sedikit sebanyak kehidupanku berubah menjadi lebih baik, aku menjadi semakin hari semakin bersyukur lagi-lagi atas nikmat Allah sekarang ini...

Nampaknya apa yang aku tulis dah lari topic, tapi tidak apa lah lagipun bukannya ada siapa-siapa pun yang baca luahan hati ini, haha..macam merajuk pulak...

Walau apa pun, aku bersyukur sangat kepada Allah kerana masih memberi aku peluang untuk berubah dan malah dengan izin-Nya aku berpeluang bertemu dengan teman-teman baru yang nyata banyak memberi kesan dalam kehidupanku. Alhamdulailah..Terima kasih semua dan juga dia.

No comments:

Post a Comment